Sunday, 22 March 2020

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUAD'ZAM SHAH , JITRA KEDAH.
 PELAJAR DIPLOMA PEMASARAN 
KELAS : DPR2C
AHLI KUMPULAN :

1. NUR SOLEHAH BINTI NORAZMAN
2. NUR ADLIN NABIHA BINTI SHAFEE
3. NUR SYAZWANI BINTI SAAD
4. RABIATUL ADAWIYAH BINTI IBRAHIM


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan bagi subjek Pengajian Islam ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami. Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu “gejala keruntuhan akhlak”. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Puan Ruslinawati Binti Abdul Ghani kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Disini Kami ingin menulis blog berkaitan gejala keruntuhan akhlak iaitu masalah pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan di Politeknik Malaysia. Antara faktor yang mempengaruhi masalah pergaulan bebas di politeknik Malaysia ialah diri remaja itu sendiri. Pada usia remaja juga kita akan mengalami perasaan ingin tahu serta kehendak mencuba perkara-perkara baru dalam hidup. Dorongan perasaan ini jika tidak dibimbing dengan pemikiran yang waras akan menyebabkan remaja mencuba perkara-perkara negatif walaupun telah mengetahui kesan buruknya sejak awal lagi. Pegangan agama dan amalan kerohanian yang lemah juga adalah faktor penting yang mendorong remaja untuk terlibat dalam pergaulan bebas. Kecenderungan untuk bergaul dengan rakan-rakan tanpa sempadan jantina dan usia akan menyebabkan remaja terus hanyut dengan cara hidup yang terbuka dan enggan menerima agama sebagai panduan hidup.

Seterusnya, keluarga. Kaedah penjagaan anak-anak yang terlalu mudah menghukum atau pilih kasih akan menyebabkan remaja memberontak serta memilih untuk menjauhkan diri dari ahli keluarga. Berbeza dengan ibubapa yang cuba memahami anak remaja serta berusaha untuk menjadi rakan kepada anak mereka sendiri, akan mendapat kepercayaan daripada anak-anak untuk menjadi tempat perluahan masalah sekaligus mengurangkan risiko anak-anak untuk bergaul rapat dengan orang lain yang tidak dikenali. Kekurangan masa yang diperuntukkan oleh ibubapa terhadap anak-anak remaja juga menyebabkan mereka memilih untuk menjalinkan hubungan dengan pasangan. Senario kehidupan hari ini yang memerlukan ibubapa bekerja lebih masa, menjalankan lebih dari satu pekerjaan serta pekerjaan jarak jauh mengurangkan lagi masa berkualiti yang mampu diluangkan oleh ibubapa bersama dengan anak-anak.


Selain itu, Pengaruh Media Sosial. Kemunculan media sosial yang terlalu meluas menyebabkan remaja amat mudah terdedah kepada pelbagai maklumat. Walaupun pengetahuan kini berada di hujung jari sahaja, namun tidak semuanya sesuai untuk diketahui oleh remaja. Masalah keruntuhan akhlak termasuklah pergaulan bebas adalah berpunca daripada maklumat-maklumat tanpa sempadan yang diperolehi oleh remaja. Sebagai golongan yang masih belum mampu untuk menapis maklumat dengan rasional, remaja akan terpengaruh dengan keseronokan yang dipamerkan serta mengambil keputusan untuk berpasangan serta terlibat dalam pergaulan bebas.

Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Mengatasi Masalah Pergaulan Bebas ialah memilih rakan yang betul. Sesuai dengan sifat ingin tahu yang tinggi serta gemar untuk berkawan, sudah tentulah remaja akan mudah didampingi oleh ramai rakan-rakan tanpa mengira peringkat usia. Adalah penting bagi seorang remaja untuk mendampingi rakan-rakan yang baik untuk menjadikan diri sendiri menjadi lebih baik. Rakan yang baik akan mengajak remaja untuk belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran, mendengar nasihat ibubapa serta menjadikan guru-guru sebagai idola untuk maju dalam kehidupan. Rakan yang tidak baik pula mendorong remaja untuk mencuba perkara-perkara yang negatif serta tidak mengendahkan nasihat ibubapa dan guru-guru. Rakan yang tidak baik juga akan memperkenalkan remaja dengan orang lain tanpa arah tujuan yang khusus serta sering mengajak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.


Seterusnya , langkah yang perlu diambil ialah awalan Terhadap Media Sosial. Aspek ini memerlukan kerjasama yang padu di antara remaja sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat serta pentadbiran negara. Seperti yang diketahui, dunia tanpa sempadan pada hari ini menyebabkan semua maklumat yang tidak ditapis mampu sampai kepada pengetahuan remaja. Nilai etika, moral,budaya serta ideologi perlu ditapis sendiri oleh remaja sedangkan pengetahuan mereka adalah terbatas dan kemahuan untuk meneroka perkara-perkara baru adalah sangat tinggi. Oleh yang demikian, kawalan terhadap maklumat yang boleh diakses oleh remaja amat perlu. Sebagai ibubapa dan guru, peranan sebagai individu yang terdekat dengan remaja perlu digunakan sebaik mungkin untuk menerapkan kesedaran kepada remaja untuk menjauhi portal-portal media yang memberi pengaruh negatif kepada fikiran dan emosi.


Oleh yang demikian, bagi menghindari perkara atau kegiatan ini dari terus berleluasa, kita atau pihak yang berkenaan hendaklah sentiasa membentuk beberapa langkah dan strategi bagi mengatasinya masalah sosial ini khususnya bagi kegiatan pergaulan bebas . Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.





contoh gambar-gambar remaja yang tidak mempunyai akhlak yang baik :


Gejala Sosial Di kalangan Remaja | ZuliNaMin


teh peng: Masalah Sosial dan Keruntuhan Akhlak Remaja di Kuala ...



Pentingnya Sikap Keluarga Didalam Mengnangani Keruntuhan Akhlak ...

Bimbingan, Penghayatan dan Kesempurnaan Solat | Naskah Islam



Hati jadi gelap antara 10 kesan buruk kerana tonton bahan lucah ...



Semoga blog ini bermanafaat untuk kita semua dari menjauhi perkara yang sumbang ini. Sekian terima kasih





POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUAD'ZAM SHAH , JITRA KEDAH.  PELAJAR DIPLOMA PEMASARAN  KELAS : DPR2C AHLI KUMPULAN : 1. NUR SOLEHA...